Bibliografi Pengasas Padepokan Nur Syahar


Datuk Diraja Harimau Putih atau Ki Singa Barong atau Prabu Bramusjati adalah anak kelahiran Klang, Malaysia. Beliau mempunyai susur galur keturunan dari kepulauan Jawa dan juga Sulawesi. Malah gelaran Prabu Bramusjati adalah pemberian dari Prabu Brawijaya yang mana moyang beliau.

Melalui pencerahan batin yang beliau alami, beliau mendapat tahu bahawa beliau adalah keturunan diraja kerajaan Jawa Timur ke-35 melalui moyang beliau yang bernama Datuk Radjo Ruhun. Ibu kepada datuk Prabu Bramusjati adalah berketurunan raja di Indonesia dan ada hubungan dengan Gusti Puteri yang berkait rapat dengan gunung Ledang. Namun galur keturunan diraja ini bukan untuk dibangga-banggakan, cuma sekadar pengenalan siapakah sebenarnya pengasas Padepokan Nur Syahar.

Ramai diantara keturunan Ki Singa Barong adalah perawat tradisional dan juga ulamak yang menyebarkan agama Islam di nusantara. Maka tidak hairanlah jika beliau mengikut jejak sesepuh beliau dengan membuka Padepokan Nur Syahar di tanah air sendiri.

Ki Singa Barong telah menghabiskan ribuan ringgit dan masa demi menuntut ilmu dari pelbagai guru. Namun itu semua tidak menjadi halangan kerana beliau mahu membantu masyarakat dengan ilmu yang beliau perolehi. Malah bukan semua ilmu datang dari pesantren mahupun kitab. Ada juga ilmu yang datang dengan cahaya putih sewaktu beliau solat. Ilmu-ilmu inilah yang menjadi nadi dalam pengubatan dan pengajaran di pusat rawatan beliau.

Syarikat PADEPOKAN NUR SYAHAR ENTERPRISE (SA0246934-V) telah ditubuhkan secara rasmi. Maka para pengunjung/ bakal pembeli/ bakal murid tidak lagi perlu was-was samada dalam membeli produk atau dalam menuntut ilmu dari padepokan ini. Hubungi pengasas syarikat iaitu Ki Singa Barong sendiri untuk sebarang pertanyaan.